5 Mei Tarikh Tengok Anak Bulan Ramadan

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan​​​​​​ permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada Ahad, 5 Mei bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah.

Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaaan puasa yang ditetapkan.

Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukhyah serta Hisab.

“Pengumuman berkenaan akan dibuat melalui televisyen dan radio,” katanya yang dipetik Bernama sebagai berkata.

Berikut adalah 29 senarai lokasi atau tempat untuk program cerapan di seluruh negeri  untuk melihat anak Bulan Ramadan pada 5 Mei 2019 bersamaan 29 Syaaban1440 Hijrah.

1. Pontian Kecil, Johor

2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka

3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor

5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor

6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor

7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak

8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang

9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah

​​​​​​​​​​​​​​10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah

​​​​​​​11. Menara Alor Setar, Kedah

​​​​​​​12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu

13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu

​​​​​​​14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu

​​​​​​​15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu

​​​​​​​16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan

​​​​​​​17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan

​​​​​​​18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan

​​​​​​​19. Esplanade Luak, Miri, Sarawak

20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak

21. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak

22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah

​​​​​​​23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang

​​​​​​​24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang

​​​​​​​25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang

​​​​​​​26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

​​​​​​​27. Menara Kuala Lumpur

28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

​​​​​​​29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

 

 

Sumber: Astro Awani

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*