Ashley, Liverpool Antara Kata Laluan Paling Popular Selain 123456789

KATA laluan yang sesuai dan kuat boleh menghindari perkara yang tidak diingini berlaku di atas talian.

Tidak semua yang tahu bahawa fungsi kata laluan amat penting dan jangan sesekali menggunakan perkataan yang senang dig0dam.

Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSC) mendapati ramai pengguna British tidak tahu bagaimana untuk melindungi diri sendiri daripada jen4yah siber.

Hanya 15 peratus yang tahu dan peka mengenai perlindungan daripada aktiviti yang kurang baik di atas talian.

Manakala segelintir pula yakin bahawa telah menggunakan kata laluan yang kuat dan yang berlainan dengan akaun email masing-masing.

Keputusan persidangan CyberUK 2019 di Glasgow akan diguna dan dimaklumkan berkaitan dengan polisi kerajaan serta menawarkan bimbingan kepada perniagaan dan orang awam.

Kajian juga mendapati kata laluan yang berasaskan nombor masih digunakan seperti ‘123456’ dan paling tinggi ‘123456789’.

Selain itu, antara nama yang paling menjadi pilihan untuk kata laluan adalah Ashley, Michael, Danial, Jessica dan Charlie.

Manakala pasukan Liga Perdana Inggeris Liverpool antara yang tertinggi serta Blink 182 digunakan untuk kata laluan.

Penyelidik Keselamatan Troy Hunt berkata, pengguna internet perlu lebih kreatif dalam mencipta kata laluan yang selamat. 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

 

Sumber : mStar via metro.co.uk

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*