“Muka Handsome, Cantik & Pandai Manapun Akan Kering Layu Jika…” – Nasihat Ramli Sarip memang makan dalam

Penyanyi senior berbakat, Datuk Ramli Sarip sentiasa berpendapat hubungan dengan ibu bapa harus sentiasa diutamakan.

Menurut Ramli, seseorang yang sudah berjaya di sudut fizikal tetap akan mempunyai kekurangan sekiranya mengetepikan ibu bapa.

“Bagi saya, jika kita mahu berjaya dan hidup diberkati Allah, kita harus sentiasa menjaga hubungan dengan ibu bapa.

“Perkara ini tidak boleh diketepikan walau sesibuk mana kita dengan kehidupan seharian.

“Kalau muka handsome, cantik dan pandai manapun akan kering dan layu juga jika tidak menjaga hubungan dengan ibu bapa,” katanya kepada Gempak.

Ramli ditemui di sidang media A Night With Legends bertempat di Restoran Rebung, Kuala Lumpur petang semalam.

Ramli mula aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1975 dan masih berjaya mempertahankan popularitinya sehingga kini, antara lagu hit yang dipopularkannya adalah Kamelia, Bukan Kerana Nama dan banyak lagi.

Ramli baca buku tasawuf

Setiap orang ada minat berbeza. Bagi penyanyi rock legenda popular, Datuk Ramli Sarip, 64, membaca dan mengumpul poster penyanyi popular luar negara adalah minatnya.

Penyanyi cukup sinonim dengan lagu Kamelia itu akui suka membaca buku mengenai kehidupan dan agama.

Katanya, sesekali dia juga membaca majalah berkaitan muzik untuk mengetahui informasi terbaru dunia muzik dunia.

Berkongsi minatnya itu, Ramli berkata, buku dihasilkan penulis luar disifatkannya lebih ekstrim di segi bahasa dan penulisan tetapi intipatinya sama seperti perjuangan muzik dulu dan sekarang.

Katanya, hal itu turut memberi kesan kepadanya dan melihat ia sebagai salah satu ibadat dalam mencari ilmu.

“Kalau buku agama, saya suka baca buku berkaitan tasawuf, sejarah sufi dan sirah nabi. Setiap penulis mempunyai cara sendiri dalam bercerita. Ada cerita yang tidak pernah didengari sebelum ini.

“Banyak rahsia belakang tabir yang kadang kala tidak pernah disampaikan secara lisan dan saya perlu mencarinya sendiri,” katanya.

Ramli juga sering membeli buku untuk anaknya yang turut berkongsi minat sama. Baginya tiada masalah untuk mendapatkan buku-buku dan sering mencuri peluang singgah ke beberapa kedai buku jika melakukan kunjungan ke luar negara.

“Selalunya kalau ke Indonesia, saya akan ke dua tiga ‘toko buku’. Buku-buku dijual di sana terlalu banyak dan agak jarang dijumpai.

“Tapi selalunya saya ikut ‘mood’, adakala saya borong 10 buku sekali gus tetapi ada juga kurang dari itu. Semua buku-buku yang sudah dibaca saya simpan dalam beberapa kotak khas,” katanya.

Ramli tidak nafikan ada juga buku yang dianggap tiada perbezaan dengan buku-buku lain tetapi wujudnya beberapa baris ayat ‘magis’ menjadikan buku itu unik.

Penyanyi yang mula dikenali bersama Sweet Charity, amat menyanjungi beberapa pemuzik hebat luar negara seperti Led Zeppelin, The Beatles, Santana dan Pink Floyd.

hmetro, gempak

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*